RESIPI RISOLES AYAM BERKEJU

RESIPI RISOLES AYAM BERKEJU - Hallo sahabat Dapur Simbok, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RESIPI RISOLES AYAM BERKEJU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RESIPI RISOLES AYAM BERKEJU
link : RESIPI RISOLES AYAM BERKEJU

Baca juga


RESIPI RISOLES AYAM BERKEJU

Assalammualaikum, salam Sabtu 2 Ramadan semua. Selamat menjalankan ibadah puasa. Mencabar sikit kan tahun ni, berpuasa tapi kena dok diam kat rumah dan keluar bila betul2 perlu sahaja. Tak macam tahun2 sudah, orang berkerumun ke bazar2 Ramadan dan hotel2. Tak lupa jemputan2 berbuka puasa. Solat Tarawikh pun kena buat kat rumah. Semalam hari pertama puasa che mat tak sempat nak update blog dan menu berbuka pun biasa2 ajer, ada pau sambal, roti jala cecah kari ayam dan rojak petis. Lagi pun resipi2 tu semua dah ada dalam blog. Hari ni untuk berbuka che mat cuba buat satu cemilan dari tanah seberang iaitu Indonesia. Seakan2 popia tapi bukan popia. Oleh sebab che mat nak jadikan ia entri, maka terpaksa lah ku goreng 4 ketul untuk tangkap gambar, dan tak lupa secawan kopi O...ehemm, part kopi O tu yang mencabar sikit wakk...leleh ok air liur pakcik..hahaha...

Rosiles ni rasanya dah tak asing kat Malaysia dan che mat perasan dah ramai orang kita yang menjual cemilan risoles ni. Dia seakan2 kuih gulung atau kuih dadar yang berintikan ayam, daging atau kentang, macam inti karipap tu dan digoreng seperti popia tapi sebelum digoreng, risoles kena salut dulu dengan serbuk roti. Sebenarnya risoles sedap dimakan panas dan ikut style orang Indonesia makan, mereka akan berulamkan cili padi. Tapi kalau kita, cecah sos cili lah paling besss, yea dak. Untuk resipi risoles ayam berkeju ni akan menghasilkan 8 - 9 biji bergantung pada saiz kulit risoles yang kita buat. Kalau kecik dapatlah kot dalam 9, macam che mat dapat 8 biji, saiz besar, boleh kerat 2 atau 3, tapi kalau nak telan sebijik macam tu pun boleh, asal jangan tercekik sudah lah yea. Resipi boleh dikatakan agak mudah juga lah, tak susah mana. Ok, jomm che mat kongsikan resipi risoles ayam berkeju....

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 cawan isi ayam yang dicincang
1 biji bawang holland, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh lada hitam tumbuk
1 cawan susu segar @ susu penuh krim
1 biji kentang saiz kecil, didadu kecil
1/2 batang lobak merah, didadu kecil
3/4 cawan parutan keju cheddar
1/2 camca besar tepung gandum*
1/4 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
1/2 camca teh herba oregana, optional
1 camca teh hirisan parsli atau daun bawang
2 helai daun bay
1 1/2 cawan air
1 camca besar mentega
Sedikit garam

BAHAN-BAHAN KULIT RISOLES :-)
1 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 camca besar tepung ubi
1 biji telur gred A
1/4 camca teh garam
1 camca besar  minyak masak

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Telur secukupnya,kurang lebih 4 biji telur gred A
Serbuk roti secukupnya (che mat guna yang warna oren, nak guna yang putih pun ok)
Cili padi*
Sos cili*(*untuk dimakan dengan risoles)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTINYA :- Panasan 2 camca besar minyak masak dalam kuali, masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu. Masukkan ayam cincang dan daun bay, kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Masukkan kentang dan lobak merah, kacau dan tuang air. Masak hingga kentang dan lobak merah empuk. Tuang susu, kacau rata dan masak hingga mendidih, Tambah keju cheddar parut, lada hitam tumbuk dan herba oregano. Perasakan dengan secubit garam (garam toksah taruk banyak sangat, sebab keju tu dah masin), kacau rata dan masak hingga keju cair. Akhir sekali tuang bancuhan tepung gandum, kacau rata dan masak hingga pekat sedikit. Masukkan hirisan parsley atau daun bawang, kacau dan matikan api. Biarkan inti sejuk, nanti dah sejuk inti akan jadi lebih pekat.
  2. UNTUK KULIT RISOLES :- Satukan semua bahan2 untuk kulit risoles, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tapis dan rehatkan 10 minit. Panaskan kuali non stick berukuran 8 inci, sapukan permukaan non stick pan dengan sedikit minyak masak. Kacau adunan tadi dan tuang kurang lebih 1/4 cawan adunan, lenggangkan agar mendapat dadar yang nipis. Masak dengan api kecil hingga permukaannya pucat dan bahagian tepi sedikit mengecut. Angkat dan letak dalam pinggan. Buat kaedah sama hingga adunan selesai.
  3. UNTUK RISOLES AYAM BERKEJU :- Ambil sekeping kulit risoles, sudukan kurang lebih 2 camca besar intinya dan gulung seperti kita membuat kuih dadar tapi leper sedikit, boleh rujuk gambar di atas. Buat hingga siap, Dalam mangkuk lain, pecahkan telur, kacau rata dan celupkan risoles tadi dalam telur kemudian golekkan dalam serbuk roti. Kalau suka salutan tebal, buat dua kali, maksudnya, lepas dah golek dengan serbuk roti, kita celup sekali lagi dalam telur dan golekkan sekali lagi dengan serbuk roti. Buat hingga selesai.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam, api biar sederhana, Goreng risoles tadi, tapi jangan goreng banyak sekali gus, goreng 2 atau 3 biji sekali. Biarkan masak lebih kurang seminit kemudian terbalikkan dan goreng lagi untuk seminit. Angkat dan susun secara menegak dalam bekas beralas tissue dapur, tujuan agar minyaknya keluar. Buat hingga siap dan boleh hidangkan dengan cili padi atau sos cili, ketika berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!


Demikianlah Artikel RESIPI RISOLES AYAM BERKEJU

Sekianlah artikel RESIPI RISOLES AYAM BERKEJU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RESIPI RISOLES AYAM BERKEJU dengan alamat link https://dapurembok.blogspot.com/2020/04/resipi-risoles-ayam-berkeju.html