Judul : RESIPI GULAI PISANG MUDA SAMA CENDAWAN KUKUR
link : RESIPI GULAI PISANG MUDA SAMA CENDAWAN KUKUR
RESIPI GULAI PISANG MUDA SAMA CENDAWAN KUKUR
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak menu paling klasik dan authentic masakan orang2 kampung. Bila musim hujan, mulalah cendawan2 kukur mula tumbuh di batang2 pokok getah tumbang, tapi zaman sekarang agak sukar nak dapat dah sebab kebun2 yang tanam pokok getah amat kurang. Namun begitu, alternatif lain dah ada, bila ada pengusaha yang telah menanam cendawan kukur secara komesial. Mana lagi sedap, yang liar atau yang ditanam? Persoalan ini sering che mat terima. Sebenarnya ada pro dan kontranya. Cendawan yang tumbuh meliar aroma 'cendawan' nya lebih kuat berbanding cendawan kukur yang ditanam. Tetapi, cendawan yang di tanam, lagi terjamin kebersihannya dan lebih mudah dimasak. Kalau cendawan kukur liar, kita kena bersihkan betul2 dari segala macam kekotoran dan perlu dibilas beberapa kali. Pisang pulak che mat gunakan pisang emas yang muda, dalam satu sisir macam tu. Untuk rencah seperti biasa pilihan che mat, semestinya tulang ikan kurau masin, Yang ini atas pilihan masing2lah yea, nak guna ikan bilis pun boleh. Resipi che mat kongsikan kat bawah ni..
1 sisir pisang emas muda
4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau, yang masih ada isinya
2 cawan cendawan kukur kering, direndam
2 batang serai, diketuk
1 kiub pati ikan bilis (optional)
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji cili merah
15 biji cili padi kampung (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tulang ikan masin kurau direndam 4 - 5 jam, cuci bersih dan toskan. Cendawan kukur dibersihkan, buang segala kekotoran, bilas 3 - 4 kali hingga betul2 bersih, toskan dan perah airnya (jika guna cendawan kukur yang ditanam, tak perlu basuh banyak kali). Pisang muda diasingkan dari sisirnya, cuci bersih, siat sedikit kulit pisang tadi, tapi jangan dibuang, masukkan ke dalam bekas besar berisi air yang ditambah garam. Pisang yang telah dibuang kulit, dikerat 2 serong setiap 1 dan rendam dalam bekas yang sama. Tujuan air rendaman pisang tadi ditambah garam untuk mengelakkan pisang jadi lebam, ketepikan,
- Celur pisang hingga 1/2 empuk, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Cendawan kukur tadi ditumbuk sedikit, tapi jangan sampai hancur, sekadar cendawan memar2 sahaja, masukkan ke dalam periuk berisi pisang. Tambah serai dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan tuang air secukupnya (hingga bahan2 dalam periuk tenggelam), kacau dan masak hingga mendidih. Tambah sedikit lagi air panas jika perlu
- Masukkan asam gelugor, tulang ikan masin kurau dan kiub ikan bilis ( jika guna). Masak hingga cendawan lembut. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, jika suka. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan gulai pisang dengan nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng. Selamat mencuba!
Demikianlah Artikel RESIPI GULAI PISANG MUDA SAMA CENDAWAN KUKUR
Sekianlah artikel RESIPI GULAI PISANG MUDA SAMA CENDAWAN KUKUR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RESIPI GULAI PISANG MUDA SAMA CENDAWAN KUKUR dengan alamat link https://dapurembok.blogspot.com/2019/11/resipi-gulai-pisang-muda-sama-cendawan.html