RESIPI KUIH BAKAR BERLAUK

RESIPI KUIH BAKAR BERLAUK - Hallo sahabat Dapur Simbok, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RESIPI KUIH BAKAR BERLAUK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RESIPI KUIH BAKAR BERLAUK
link : RESIPI KUIH BAKAR BERLAUK

Baca juga


RESIPI KUIH BAKAR BERLAUK

Assalammualaikum, masak apa hari ni untuk berbuka? Diam tak diam dah masuk 5 Ramadan, sekejap betul. Tak lama lagi mulalah lagu2 raya berkumandang di corong2 radio. Tu hari che mat gi MyDin, ehh, dah ada lagu raya, tak berapa setuju sebenarnya lagu raya dimainkan terlalau awal, sebab macam nak suruh Ramadan tu pergi cepat. Kalau dah dua minggu puasa tu lain lah juga. Bercakap pasal puasa, tu jam lah tekak ni nak makan macam2. Setakat puasa hari ke 5, che mat masih tak jejakkan kaki ke bazar ramadan lagi. Malas lah, takut terbeli lepas tu tak habis makan, nak dibuang sayang, jadi sumbat dalam peti sejuk. Lama2 kuih jadi keras macam batu bata, gigi pun boleh terlucut bila nak makan, kurang sedap pun yea juga. Hari ni che mat termengidam kuih bakar daging. Kali terakhir buat kuih ni kalau tak silap, tahun 2012, dah 7 tahun dulu...lama betul!

Ada yang tanya che mat, kuih bakar daging ni sama ke dengan kuih cara? Dari segi rasa boleh dikatakan sama tapi dari segi rupa paras tak sama. Kuih bakar dagingm saiz dia agak besar, kalau kuih cara, kecil2 comel. Resipi ini akan menghasilkan 4 keping kuih bakar jika dibuat dalam acuan pecah 6 atau 8. Che mat guna acuan tembaga antik atau boleh guna yang jenis aluminium. Bagi yang tak gemar atau tak makan daging lembu, boleh gantikan dengan daging ayam. Kuih bakar daging ni asalnya dari resipi Puan Fauziah Abdul Samad atau biasa che mat panggil Kak Jee. Resipi dia tak susah sangat, cuma membakarnya mengambil masa sedikit lah. Semak kat bawah ni jika ada yang ingin mencuba...

BAHAN - BAHAN KUIH BAKAR :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan (guna sekotak santan #kara dan tambah air secukupnya hingga jadi 1 1/2 cawan)
180 ml air
3 biji telur
3/4 camca teh garam
1 camca teh serbuk kunyit atau beberapa titik perwarna kuning makanan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Sedikit minyak sapi atau mentega

BAHAN-BAHAN INTI :-)
150 gram daging lembut kisar (kalau beli yang dah siap kisar, taruk daging dalam tapis dan cuci bawah air paip, toskan)
1 camca besar rempah kari daging Baba's
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 inci halia, tumbuk halus
1 pokok daun ketumbar, hiris halus
Sedikit hirisan cili merah
1/2 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTINYA :- Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang besar, dan masak hingga layu. Tambah sis cili dan serbuk rempah kasi, kacau rata dan masukkan sedikit air. Masak hingga rempah garing dan naik minyak. Tambah daging kisar, kacau dan masak hingga kering. Masukkan lada hitam dan perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan cili hiris dan daun ketumbar, gaul rata dan padamkan api, ketepikan.
  2. UNTUK ADUNAN KUIH BAKAR :- Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, dan tambah bahan2 lain. Kacau dengan whisk hingga semua sebati dan larut. Tapis adunan tadi dan ketepikan. Boleh juga dimasukkan kesemua bahan2 untuk adunan kuih bakar ke dalam blender. Kisar halus dan ketepikan.
  3. UNTUK KUIH BAKAR BERLAUK :- Panaskan acuan atas dapur gas, gunakan tungku paling kecil. Masuk anggaran 1/2 camca besar minyak sapi atau mentega, ratakan dan biar acuan betul2 panas. Tuang 1/4 bahagian adunan kuih bakar, kacau dulu adunan sebelum digunakan. Tutup permukaan acuan dan masak hingga bahagian tepi2nya pucat dan kelihatan sedikit garing. Masukkan 1/4 bahagian inti, ratakan.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C, tukar setting oven kepada api grill atau jika takde fungsi grill, boleh guna api atas. Masukkan acuan kuih bakar tadi dan biarkan kuih bakar betul2 masak dan permukaannya kuning keemasan. Keluarkan kuih dari oven, biarkan sekejap dan keluarkan kuih dari acuan. Gunakan acuan yang sama untuk membuat kuih bakar daging hingga siap. Pastikan setiap kali buat kuih yang baru, masukkan sedikit minyak sapi atau mentega. Boleh hidangkan. Selamat mencuba!


Demikianlah Artikel RESIPI KUIH BAKAR BERLAUK

Sekianlah artikel RESIPI KUIH BAKAR BERLAUK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RESIPI KUIH BAKAR BERLAUK dengan alamat link https://dapurembok.blogspot.com/2019/05/resipi-kuih-bakar-berlauk.html