Judul : BILA BLOG 'TIFFINBIRU' DISEKAT...
link : BILA BLOG 'TIFFINBIRU' DISEKAT...
BILA BLOG 'TIFFINBIRU' DISEKAT...
Assalammualaikum semua, alhamdulillah setelah 2 bulan 3 hari (semenjak 20 Februari 2019) blog che mat www.tiffinbiru.com disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), akhirnya hari ini Selasa 23 April 2019, sekatan itu ditarik balik dan blog kembali seperti asal. Rentetan dari peristiwa itu, che mat dah mula rasa kecewa nak kemas kini blog. Bukan semua pengunjung tak boleh masuk, jika mereka menggunakan data handphone, in sha Allah boleh masuk (tapi bergantung juga pada syarikat2 telekomunikasi). Tapi kalau guna wifi dari Streaymx dan Unifi, memang tak boleh masuk langsung. Che mat sebagai admin dan pemilik blog boleh masuk seperti biasa, tapi bila type link blog di google, memang tak dapat, dan akan keluar 404 ERROR . Apa sebabnya?
Pada 20 Februari 2019, seperti biasa che mat masukkan entri bubur kambing, bila publish kat blog, tengok2 dia keluar 404 ERROR, panik juga lah, kebetulan domain che mat akan habis pada bulan Mei 2019, ingatkan pasal tu, lepas berhubung dengan orang yang handle domain blog, dia pun hairan dengan kes blog tiffinbiru, kira kes 'rare'. Tapi che mat beranggapan ini hanya sementara saja, maka che mat sambung domain blog untuk 5 tahun lagi, sehingga 2024. Sebelum tu, teman blog che mat, Blogger Nina, menghadapi masalah yang sama, blog disekat dan pembaca tak boleh masuk. Jadi kami berdua rupanya antara mangsa2 terpilih.
Maka bermulalah sessi email meng email kepada SKMM yang makan masa berminggu, kemudian sessi membuat panggilan telefon yang memakan masa hampir 2 minggu, kadang2 kecewa pun ada juga, bila setiap panggilan berakhir dengan kegagalan, tidak diangkat. Nasib baik Nina sentiasa memberi semangat, maklumlah, kami sama2 mangsa keadaan. Alhamdulillah dengan izinnya, che mat dapat tembus talian 'keramat' tu, maka sessi mengadu pun bermula dengan segala luahan perasaan yang terpendam. Bertanya sebab musabab punca blog disekat, dimana salahnya, apa yang telah membuatkan blog tua tu terpilih antara beratus ribu blog yang ada kat Malaysia ni. Dengan senang hatinya puan yang mengendalikan kes che mat beri tau sebab2nya.
Kata beliau, sebab blog che mat disekat oleh SKMM, kerana mereka mendapat arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan che mat diminta emailkan hal ini pada pihak KKM. Maka beralihlah pulak ke KKM, kes sama, kurang lebih seminggu cuba call KKM, tapi hampa, tak berangkat dan tak berjawab. Kenangkan blog yang dah nak masuk ulang tahun ke 11, pada tahun ni, che mat usahakan juga call KKM, alhamdulillah dapat! Rasa nak pingsan terus masa tu. Bermula lagi sessi luahan perasaan, bertanya itu dan ini untuk kepastian dan apa tindakkan yang sepatutnya che mat buat untuk kembalikan blog seperti biasa. Selepas tu pihak KKM kasi tau sebab2 blog che mat disekat. Rupanya berkaitan dengan satu produk ni, yang che mat review sekitar tahun 2016 dulu. Dan pihak KKM suruh delete segala entri berkaitan dengan produk tu termasuk gambar2 yang che mat kongsikan di IG. Dasatkan, takpelah, toksah komen banyak, buat ajer, yea dak, janji blog aku bebas.
Selesai semua tu dan bahan2 bukti telah diemail kepada pihak KKM beserta surat rasmi pemohonan untuk menarik balik sekatan ke atas blog tiffinbiru, surat rasmi ok, bukan surat cincai2 yea. Alhamdulillah, lepas pihak KKM semak dan mereka berpuas hati. Kes che mat dikembalikan semula ke SKMM untuk mereka teliti pulak dan jika ok, baru sekatan akan ditarik balik. Berbalik semula che mat ke SKMM, tunggu dari sehari ke sehari blog tetap sama, kotak mesej dah penuh ni dengan pertanyaan, apsal blog che mat tak boleh masuk, blog dah tutup ke, sampai tak larat dah nak jawab...huhu. Tak boleh jadi, che mat call pulak SKMM, tu pun ambil masa dekat seminggu, baru panggilan terjawab. Selepas satu persatu che mat ceritakan perjalanan blog tu dari masa kena sekat oleh SKMM hinggalah kes ke KKM dan kembali semula ke SKMM. Aku siap cakap, encik cuba check email, sebab che mat dah email beberapa kali tanya perkembangan kes blog, tapi macam sepi ajer. Dan dia kata, in sha Allah blog che mat akan ok dalam masa sehari dua lag. Masa call tu hari Rabu, jadi secara rawaknya tak hari Khamis atau Jumaat berkemungkinan blog dah ok. Tetapi, hurmm... tak jugak!
Tunggu macam buah tak gugur, dari Jumaat membawa ke Sabtu, kemudian Ahad, Isnin dan hari ni Selasa, kalau hari ni tak ok juga, esok kenalah che mat call lagi SKMM. Tapi petang tadi, ada teman2 komen kat post FB, kata blog che mat dah boleh masuk, bila dia orang bukak menggunakan wifi. Petang tadi balik dari Mersing, che mat cuba, alhamdulillah, syukur, memang dah ok...lega sangat. Teringat pesan orang dari KKM, dia cakap, lepas ni che mat tak perlu review produk2 kesihatan yang meragukan, walaupun ia ada kelulusan KKM....Hurmm, takmo komen apa2 lah kan, kita ambik jalan selamat ajerlah. Pengajaran untuk che mat dan juga peringatan untuk semua blogger2 diluar sana yang aktif review segalam macam produk kesihatan, berhati2lah. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan moral ...Muahhh!
Demikianlah Artikel BILA BLOG 'TIFFINBIRU' DISEKAT...
Sekianlah artikel BILA BLOG 'TIFFINBIRU' DISEKAT... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BILA BLOG 'TIFFINBIRU' DISEKAT... dengan alamat link https://dapurembok.blogspot.com/2019/04/bila-blog-tiffinbiru-disekat.html