RESIPI PECAL IKAN HARUAN

RESIPI PECAL IKAN HARUAN - Hallo sahabat Dapur Simbok, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RESIPI PECAL IKAN HARUAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RESIPI PECAL IKAN HARUAN
link : RESIPI PECAL IKAN HARUAN

Baca juga


    RESIPI PECAL IKAN HARUAN

    rsz_pih
    Assalammualaikum, salam semua. Hari ni 22hb Januari 2017, hari ulang tahun kelahiran bonda che mat yang ke-75. Moga Allah panjangkan usia bonda, diberi kesihatan dan sentiasa dirahmati Allah swt. Terima kasih sebab melahirkan che mat di dunia ini. Selamat hari lahir juga untuk sahabat che mat Puan Yatt Hussein. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi orang Jawa. Iaitu pecel atau pecal. Kali ni bikin pecal ikan haruan. Biasanya buat guna ikan pari atau ikan keli saja. Ada juga yang gunakan ayam. Pecal ini mudah dibuat dan ada dua versi. Pertama yang santan tak perlu dimasak, kedua santannya dimasak, macam che mat bikin ini. Kalau santan mentah, takut pulak basi bila tak habis makan, kecuali kalau sekali hidangkan terus licin. Bahan paling utama untuk kuah pecal ialah cekur atau orang Indonesia panggil kencur. Bau cekurlah yang memberi identiti masakan pecal. Satu lagi pecal yang ni bukan macam pecal rojak, makan dengan sayur2ran dan kuah kacang, tapi lebih kepada dijadikan lauk sama nasi...Resipi memang mudah, che mat kongsikan di bawah ini..

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    2 ekor ikan haruan saiz sederhana
    3/4 camca teh serbuk kunyit
    3/4 camca teh garam
    3 - 4 helai daun cekur, mayang halus
    1 keping asam gelugor
    3 cawan santan sederhana pekat
    Garam dan gula secukup rasa
    Sedikit air jika perlu

    BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-)
    7 biji bawang merah kecil
    2 ulas bawang putih
    3 inci isi cekur
    20 - 25 biji cili padi kampung, warna hijau (boleh tambah atau kurangkan)
    1 inci belacan, dibakar

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Ikan haruan dibuang sisiknya, siang, kerat dan buang bahagian kepalanya. Kemudian kerat dua setiap seekor, bergantung pada saiz ikan haruan yang anda guna, kalau besar boleh kerat tiga. Cuci bersih, gaul dengan dengan sedikit garam, jus limau nipis dan satu camca besar tepung gandum. Perap 15 minit, cuci kembali hingga betul2 bersih. Toskan, gaul dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Goreng ikan tadi hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
    2. Tuang santan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 tumbuk halus, asam gelugor dan masak hingga mendidih, kacau sentiasa. Tambah ikan haruan goreng kacau perlahan. Masak dengan api kecil dan kacau sentiasa untuk mengelakkan pecah santan.
    3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali tambah hirisan daun cekur, kacau dan masak untuk 1 - 2 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Selamat mencuba!!


    Demikianlah Artikel RESIPI PECAL IKAN HARUAN

    Sekianlah artikel RESIPI PECAL IKAN HARUAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

    Anda sekarang membaca artikel RESIPI PECAL IKAN HARUAN dengan alamat link https://dapurembok.blogspot.com/2017/01/resipi-pecal-ikan-haruan.html

    Related Posts :